Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

AHLAN WA SAHLAN!

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

TRANSLATOR

PELAWAT

Bermula Dari 27/04/2010
Anda Pengunjung Ke:

web page counter

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader
29 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERSOALAN TENTANG JIN





JIN, bila seseorang menyebut tetang jin selalunya yang kita fikir jin itu adalah satu jenis makhluk halus atau ghaib yang jahat yang tergolong dalam golongan syaitan dan iblis. Jin juga sering digambarkan sebagai makhluk yang hodoh serta suka menggangu, menculik dan merasok malah menyesatkan manusia. Kita sering mendengar hadis melayu yang berbunyi “SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK JIN”.

Kita juga sering mendengar hujah-hujah dan ceramah-ceramah tentang manusia yang berkawan dengan jin hukumnya adalah syirik dan haram kerana jin boleh memesongkan akidah dan menyesatkan. Hukum ini berpandukan firman Allah didalam Al-Quran:

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Ada beberapa pertikaian dan persoalan yang cuba saya bangkitkan berdasarkan hadis melayu diatas serta hukum yang diletakkan berkenaan dengan jin. Tujuannya tiadalah lain sekadar mencari jawapan yang pasti bagi dijadikan iktikad atau panduan kita sebagai hamba Allah dalam persoalan dan permasaalah jin ini. Ini kerana ada segolongan yang berpendapat demikian dan ada juga segolongan yang berpendapat sebaliknya.

Jadi marilah kita sama-sama cuba untuk mengupas permasalahan jin ini sesuai dengan Al-Quran dan Hadis yang menjadi pegangan dan panduan umat islam seluruh dunia. Saya juga amat-amat mengharapkan pandangan dan pendapat anda semua mengenai isu yang dibangkitkan ini.

PERSOALAN 1

SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ITU SEBAIK-BAIK JIN
Seperti yang kita ketahui sejahat-jahat manusia adalah manusia yang engkar kepada perintah Allah, manusia yang melakukan pelbagai dosa dan maksiat seperti judi, arak, zina, bunuh, fitnah, umpat dan segala macam dosa lagi yang tidak dapat disenaraikan disini. Dan yang paling jahat menurut hukum islam adalah kufur kepada Allah atau kafir.

Bagaimana pula dengan firman Allah dibawah ini?

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!” (Al-Jinn : 1)

“Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami” (Al-Jinn : 2)

“Dan Bahawa Sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), Kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa Yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya Yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan” (Al-Jinn : 13)

“Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar” (Al-Jinn : 14)

Allah berfirman lagi:

“dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (Al-Baqarah : 25)

Didalam Surah Al-Jinn ayat 1, 2, 13 dan 14 diatas, Allah menerangkan tentang segolongan jin islam yang beriman setelah mendegar Al-Quran. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 25 pula, Allah menerangkan bahawa orang-orang yang beriman itu beroleh syurga.

Sekiranya kita berpegang kepada hadis melayu tersebut, bermakna jin islam yang beriman itu tarafnya adalah sama dengan manusia yang paling jahat yang mana bakal menjadi ahli neraka.

1. Adakah Allah itu tidak adil sifatnya sehinggakan hambanya (jin) yang beriman pun ditempatkan dineraka?

2. Bukankah Allah sudah menjanjikan bahawa setiap amal perbuatan akan dibalas dengan setimpal?

Firman Allah lagi:

"Sesiapa Yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan Dengan kejahatan Yang sebanding dengannya; dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di Dalam syurga itu Dengan tidak dihitung” (Al-Mu’min : 40)

Rasanya ini sudah cukup menjelaskan yang hadis melayu itu tidak boleh dijadikan pengangan.

PERSOALAN 2

BERKAWAN DENGAN JIN
Ini adalah persoalan yang sering diperkatakan oeh rata-rata umat islam melayu. Ada sebilangan yang meletakkan hukum berkawan dengan jin ini haram atau syirik ada pula yang mengatakan sebaliknya mengikut kefahaman dan ilmu masing-masing. Dalil yang biasa digunakan ialah berdasarkan firman Allah dibawah ini:

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Dalam ayat diatas, Allah menerangkan ada beberapa golongan manusia yang berkawan dengan beberapa golongan jin dan meminta golongan jin ini menjaga dirinya dan meminta pertolongan untuk perkara-perkara jahat seperti sihir yang menyusah dan menyakitkan.

Ini amat jelas bersalahan kerana hanya kepada Allah kita meminta pertolongan dan perlindungan seperti firmannya:

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)" (Ali’Imran : 173)

Bagaimana jika sekadar berkawan dan tidak meminta jin ini menjaga diri atau meminta pertolongan? Bagaimana pula halnya dengan firman Allah dibawah ini:

“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)” (Al-Ma’idah : 2)

Fikirkanlah pula hadis Rasullullah S.A.W ini:

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya:”Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Muslim)

Kalau menurut hadis ini, setiap manusia itu mempunyai kawan pendamping dari jin tiada yang terkecuali jadi apa pula hukumnya? Dan perhatikan juga hadis dibawah ini:

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)

Jika kita sebagai islam dilarang berkawan dengan jin mengapa pulakah Nabi S.A.W membenarkan kita memberi izin kepada jin ini untuk tinggal bersama selama 3 hari? Bukankah 1 jam malah 1minit pun jin ini sudah boleh menyesatkan kita seperti hujahan mereka-mereka yang selalu mengguna ayat 6 surah Al-Jinn? Adakah Nabi tersalah? Bukankah Nabi S.A.W itu maksum sifatnya?

PERSOALAN 3

JIN ADALAH SYAITAN
Ini juga persoalan yang sering diperkatakan dan telah menjadi kepercayaan dan faham sebilangan umat islam hari ini bahawa semua jin itu adalah syaitan. Sedangkan didalam surah Al-Jinn, Allah telah menerangkan bahawa ada golongan jin islam yang beriman dan ada pula yang sebaliknya. Mari kita perhatikan firman Allah dibawah ini:

“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (Al-An’am : 112)

Ayat diatas telah menjelaskan bahawa syaitan itu dari golongan jin dan manusia, bukan hanya golongan jin sahaja.
Tidakkah salah pula berkawan dengan orang yang menyembah berhala (patung tokong seperti cina dan india)? Tidakkah salah berkawan dengan orang melayu islam yang mengajak kedisko, kelab-kelab malam, berjudi, melanggan pelacur, minum arak dan sebagainya seperti mana dewasa ini? Bukankaah orang-orang seperti ini yang menurut firman Allah diatas adalah SYAITAN MANUSIA? Kenapakah kita lebih takutkan dan mempertikaikan berkawan dengan jin dan tidak pernah mempertikaikan berkawan dengan syaitan manusia ini?

Firman Allah diatas disokong pula oleh hadis Nabi S.A.W dibawah ini:

Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". (Abu Zar r.a)

PERSOALAN 4

JIN DAN SYAITAN TIDAK BOLEH DIBUNUH
Ramai yang mendakwa jin dan syaitan itu tidak boleh dibunuh dan ramai pula yang mengatakan mereka boleh dibunuh. Jadi sama-samalah kita renungkan hadis Nabi S.A.W dibawah ini.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)

Melalui hadis diatas Nabi S.AW menyuruh kita membunuh jin itu kerana ia adalah dari golongan syaitan yang berpura-pura sebagai islam? Dan syaitan yang berpura-pura sebagai jin islam ini pula boleh dibunuh malah disarankan oleh Nabi S.A.W supaya kita membunuhnya? Bukankah itu maksudnya? Ada segolongan yang mendakwa syaitan jin itu tidak boleh dibunuh kerana itu bukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ianya sunnah Nabi Sulaiman A.S.

Saya mengajak anda semua untuk mengaji Al-Quran dan Hadis secara keseluruhannya dan bukan hanya mengambil sebahagiannya sahaja menurut kehendak kita sebelum meletakkan sesuatu hukum itu. Seperti mana yang telah didakwa oleh ramai orang-orang yang bergelar ustaz dan ulama. (sila rujuk laman web ini mengenai syaitan dan jin tidak boleh dibunuh http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93)

PERSOALAN 5

JIN TIDAK BOLEH DILIHAT
Ada sesetengah ilmuan berpendapat jin itu tidak boleh dilihat, tetapi berdasarkan hadis Nabi S.A.W dibawah jin itu boleh dilihat, boleh datang kepada kita dan boleh pula di izinkan untuk tinggal bersama.
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)
Wallahu a’lam.

Jika ada yang tersalah mohon diperbetulkan. Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari kesilapan. Dan yang baik itu datangnya dari Allah dan yang salah itu datangnya dari saya yang tidak mengetahui malah bersifat lemah pula.

InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan sambung lagi.

Wassalam.

Oleh :

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

SEARCH

Loading...

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Hamzah : 017-3391709
Sobri : 019-6735320
Untuk memperbaiki mutu artikel blog ini, kami amat mengalu-alukan undian anda.

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (15)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (63)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (66)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

FOLLOWERS

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR