Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

AHLAN WA SAHLAN!

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

TRANSLATOR


web page counter

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader
22 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon BERTARUNG DENGAN IFRIT

Ini bukan cerita rekaan, terpulanglah nak percaya atau tak tapi kami ada lebih dari 15 orang yang menyaksikan kejadian ini dan menjadi saksi kebenarannya. Saya memang akan memberi ujian kepada setiap anak murid yang belajar ilmu perubatan dari saya. Kami ke Janda Baik untuk menguji ilmu beberapa anak murid saya yang bakal jadi perawat perubatan alternatif ni. Kalau tak diuji macamana nak tau taraf dan kelayakan mereka dan macamana nak pastikan mereka boleh merawat pesakit ke tak.

Tujuan saya buat ujian duduk tengah hutan seorang diri waktu tengah malam bukan untuk bertapa tapi sekadar nak uji iktikad hati je. Masa saya menuntut di Garut, Indonesia dulu pun Guru buat yang sama. Saya disuruh duduk dalam kawasan kubur lama dalam kawasan belukar. Kata Guru, duduk saja nak main game hphone ke nak main sms ke apa ke dia tak peduli yang penting jangan lari balik kalau tak dia akan halau saya balik Malaysia. Tujuannya satu, betulkan iktikad. Kata Guru kalau betul kamu takutkan Allah dan tak selainnya mengapa takut duduk dikuburan seorang diri dalam gelap? Bukankah kamu bilang takutkan Allah dan DIA sentiasa ada sama kamu? Apa gunanya ilmu zikrullah yang diajarkan? (Terima kasih Bapak kerna mengijazahkan ilmu zikrullah ni pada saya).

Pada hari yang dijanjikan, kami sampai kelokasi yang telah ditetapkan iaitu hutan kecil Janda Baik lebih kurang jam 10.00 mlm. Masa dalam perjalanan tu lagi macam2 yang dah dapat rasa dan alami antaranya ular yang agak pelik tapi cantik warna kulitnya melintang ditengah jalan dalam perjalanan ke hutan tu. Sampai dilokasi, semua dalam kereta pertama kata nampak ular tu melintang ditengah jalan nak menyeberang ke semak tepi jalan. Semua orang dalam kereta kedua juga alami perkara yang sama dan kereta saya yang terakhir dan semua dalam kereta saya pun alami yang sama jugak.

Persoalannya dah 3 buah kereta takkanlah ular yang sepanjang 1 depa tu tak sampai2 jugak keseberang jalan sedangkan lebar jalan tu Cuma lebih kurang 2 depa je. Dan satu lagi dah 3 buah kereta yang lalu atas ular tu takkan la tak mati kena gilis tayar kereta sebab bila dalam perjalanan balik tak nampak pun bangkai ular tu.

Murid saya ni namanya Afiq umor baru 20 tahun pelajar ipt di Perak. Dialah yang diuji malam tu. Saya suruh dia ketengah belukar duduk kat situ dan panggil makhluk yang ada kat dalam belukar tu. Tempat tu memang saya dah survey dulu dan pastikan memang ada “benda” mengikut cerita penduduk setempat. Mulanya takut jugak Afiq ni tapi bila saya kata kalau tak nak buat saya tak akan mengaku dia sebagai murid dan tak akan terima dia lagi barulah dia sanggup teruskan.

Adalah dalam 1 jam dia duduk kat tengah2 belukar tu sorang2 dan panggil “benda” yang ada kat situ. Bila dia dah dapat rasa “benda” tu datang pada dia dan “dikunci”, cepat2 dia keluar dari belukar tu dan kembali pada kami yang menunggu di kereta ditepi belukar tu. Kami menuju kerumah salah seorang murid saya di Janda Baik tu. Sampai dirumah tu saya suruh Afiq tadi benarkan benda yang diambik dari belukar tu menumpang kebadannya untuk berkomunikasi.

Tapi hampir 1 jam “benda” tu tak boleh jugak merasok Afiq, masuk separuh badan keluar balik. Kami cuba pula kat murid yang lain, sama juga tak boleh merasok juga. Cuba lagi pada sorang lagi murid tak berjaya juga. Setiap kali “benda” tu cuba masuk untuk merasok badan, Cuma berjaya separuh badan saja lepas tu pasti akan tersedar semula (orang kena rasok dlm keadaan tak sedar). Akhirnya saya sendiri yang ambik “benda” tu masukkan pada Afiq, sebelum tu saya dah ajarkan pada semua murid yang hadir malam tu macamana caranya untuk keluarkan benda yang merasok badan (saje nak tengok sapa yang boleh pulihkan saya waktu kena rasok tu).

Bila “benda” tu dah merasok barulah kami dapat berbicara dengan “benda” tu dan dia mengaku sebagai Ifrit. Ifrit ni mula buat tawar-menawar dengan kami, katanya dia akan bagi harta karun berupa emas dan wang tunai jika ada antara kami yang nak ambik dan bela dia. Nak mampus ke bela setan! Mana saya setuju walaupun masa tu ifrit ni dah tunjukkan bayangan selonggok emas depan kami tapi bayang je la. Ifrit ni bangsa setan yang pandai menipu kena hati-hati jangan sampai terpedaya.

Bila kami tolak permintaan dia, dia mula nak mengamok dan kata nak tarik nyawa Afiq ni bawak balik ke alam dia jadi budak suruhan dia. Kami pun mula la berperang dengan ifrit ni. Macam2 cara dibuat dan macam2 ayat dibaca tapi tak bagi kesan lansung. Semua usha tak jalan, budak2 semua dah buntu. Akhirnya saya guna ilmu rohaniah zikir yang Guru ajarkan. Dengan ilmu ini saya berhubung dengan rohaniah Afiq dan suruh kuatkan zikir jahar secara batin dan zikir khafi serentak. Tak sampai 5 minit ifrit tu meraung-raung dan kata “aku nak mati dah, nak mati dah”.

Afiq teruskan zikir jahar dan khafi secara batin tu serentak dan akhirnya tewas jugak ifrit tu. Melalui batin dan pengalaman, memang saya pasti itu ifrit. Nak percaya atau tak terpulang tapi kalau nak uji kami dengan ifrit untuk tau kebenarannya silakanlah. Apa yang kami buat sebenarnya adalah untuk membentuk iktikad pada Allah, takut hanya pada Allah tidak pada selain Allah dan bukan setakat pandai cakap je takut pada Allah, tapi kami buktikan dengan cara ini. Yang keduanya, kami nak membuktikan ilmu zikrullah ini adalah sehebat-hebat ilmu didunia.

Kalimah “La ilaa ha ilallah” dan “Allah, Allah” adalah kalimah yang maha hebat dan Maha Pelindung yang dah pun kami buktikan melalui cara ini. Dan yang terakhirnya, kami telah membuktikan ilmu zikrullah ini adalah senjata yang maha hebat dan penyembuh segala penyakit. Malah dengan cara ini juga kami telah membuktikan bahawa ALLAH ITU BENAR, ILMU ALLAH ITU BENAR, ISLAM ITU BENAR, QURAN ITU BENAR, ZIKRULLAH (ASMA’ UL HUSNA) ITU BENAR, ALAM GHAIB ITU BENAR.

Selepas peristiwa itu jugaklah ilmu Afiq ni dah semakin mantap dan mula merawat pesakit dimerata tempat.

Oleh :

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Hamzah : 017-339 1709
Zakwan : 010-219 4111
Suhazri : 013-2016017

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (17)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (65)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (82)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)

Blog Archive

Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR